Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke laman blog Seni Visual Sekolah Kebangsaan Sungai Imam. Dalam bingkisan pertama kali ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pembangunan laman blog ini kerana telah bersama-sama bersetuju untuk membina sebuah laman bermaklumat dan berguna kepada seluruh manusia sejagat rakan seperjuangan khususnya warga pendidik, guru-guru malahan amat dialu-alukan anak-anak didik selaku murid-murid seluruh dunia tidak kira bangsa,agama,umur atau dimana saja mereka ada.
Pengwujudan laman blog ini adalah bertujuan untuk membekalkan maklumat serta inspirasi yang berguna dan menarik kepada semua pendeta-pendeta kehidupan dalam usaha memperkasakan Seni Visual diperingkat umum mahupun peringkat yang lebih besar. Selain daripada itu mereka dapat mempertingkatkan kemahiran intelektual secara maya dan kemahiran mencari maklumat secara lebih efisien menggunakan teknologi kini. Apabila ungkapan Seni Visual terkeluar dari mulut seseorang atau kelihatan di mana-mana papan tanda, tajuk buku dan sebagainya pasti seseorang itu memikirkan tentang apakah sebenarnya intipati yang terkandung dalam Seni Visual itu sendiri.
Pada peringkat pendidikan. Dunia Seni Visual diperkenalkan dalam struktur kurikulum Malaysia di sekolah rendah manakala Pendidikan Seni Visual di Sekolah Menengah. Seni Visual merujuk kepada subjek yang melibatkan 4 bidang utama iaitu Bidang Menggambar, Bidang Membuat Corak dan Rekaan, Bidang Membentuk dan Membuat Binaan serta Bidang Mengenal Kraf Tangan dan Tradisional. Keempat-empat bidang ini adalah tunjang utama dalam pembentukan kegiatan dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran Seni Visual di sekolah.
Oleh yang demikian, saya berharap dengan adanya kewujudan blog ini dapat menyemarakkan semangat pembelajaran bermaklumat, kefahaman, meningkatkan pengetahuan seni, mewujudkan kreativiti serta idea dan inspirasi malahan membangunkan maruah dan kepentingan seni khususnya Seni Visual diperingkat rendah kearah peringkat yang lebih global dan berprestij pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment