Seni menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1997), membawa erti halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengari iaitu mengenai suara, comel bentuk badan. Manakala seni, II: memberi maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Seni juga yakni ditafsirkan sebagai membawa maksud dan pengertian kebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat dan sebagainya yang indah-indah belaka.
Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996:463), Seni adalah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran. Menurut buku M.A.J Beg, Fine Arts in Islamic Civilization (1982:10) menyatakan tokoh intelektual Islam iaitu al-Ghazali memperkatakan bahawa "Seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan"ia lahir daripada diri sendiri dan tidak untuk yang lain. Beliau juga menjelaskan lagi bahawa terdapat kecantikan dalaman yang diterangkan berdasarkan beberapa penjelasan seperti kefahaman mendalam terhadap seni Islam.
The Oxford Paperback Dictionary, (1989:40) Art: 'The production of something beautiful: skill or ability in such work. Works such as paintings or sculptures produced by skills.'
Menurut Ibnu Khaldun pula, " Seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan dimana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika. Kesenian bermaksud perihal seni yang berkaitan dengan seni, keindahan serta kehalusan.
"Marilah kita anggap bahawa gagasan seni itu boleh diperbesarkan batasnya demi merangkum semua hal dan segala benda dibuat oleh manusia, termasuk alat-alat dan tulisan, disamping benda-benda yang indah, puitis dan juga benda-benda yang berpotensi". -George Kubler
Bagi saya, Seni itu merangkumi keseluruhan kehidupan kita seharian. Tanpa kita sedari Seni ada melintasi pandangan, duduk di benak pemikiran, tersimpan di sudut hati dan paling penting berada dalam setiap tanggapan dan tindakan sesorang.
No comments:
Post a Comment